Friday, 17 February 2012

PLAYSTATION 3 320GB : Console : PlayStation®3 : Sony Malaysia

Monday, 6 February 2012















Cantik tak? Ni kedai yang famous kat Parkson sini. Kalau pergi Sibu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kedai ini. Lagipun, pemiliknya cantiiiikkkkk dan peramah. I like! Semua aksesori ada dijual disana.

Nama kedai ni Go Why? Town. Korang tengok sendiri la luar kedai ni, sangat menarik. Sesuai untuk mereka yang suka bergaya di luar sana. Harga sangat la berpatutan. Korang kena datang sendiri.

Sorry eh, gambar ni tertonggeng. LOL! Ada nampak amoi cantik tu tak? Tu la pemilik kedai ni.


Ni pula pusat beli belah. Nak kat super, mungkin tak sesuai la. Tengok nama saja sudah tau. Kalau mau pergi mall ni, ikut jalan pergi ke Airport Sibu. Saya pun tak pasti sangat apa nama jalan tu. Terus terang la kat korang, kalau tak cukup bertenaga dan takda stamina, boleh batalkan saja la hasrat korang yang nak masuk mall ni, memang sangat besar!! Mall ini adalah kedua terbesar di bandar Sibu selepas Giant.
Garden Hotel. Dekat dengan pintu gerbang Sibu. Kalau time cuti sekolah, comfirm penuh la. Kalau tak book dulu, alamatnya, tidur kat kaki lima je la.
Wewitt! Tu dia..

Permandangan malam di bandar Sibu. Kalau malam, kurang sikit la kesibukan nya.

Sarang burung.
Shopping complex lagi. Paling famous kat Sibu agaknya. Semua ada di dalam sana. Janji poket penuh dengan duit la. Hahaha!! 
Untuk menambahkan keghairahan korang untuk datang ke tempat ni, meh saya sajikan dengan ikan-ikan yang jinak ni. Terus terang la, sini memang banyak sangat ikan, dan ikan-ikan sini sangat jinak. 
Tidak lupa kepada si kura-kura. Disini takda buaya, jangan risau.
Ni bukan babak Finding Nemo ya. Ikan ni sengaja nak bermanja dengan pengunjung yang datang.

Tadaaaaa! Nampak tak korang ikan yang hitam tu. Tu namanya Ikan Patin. Ada sikit-sikit rupa macam Ikan Baung. Sempat juga saya dengar seorang budak ni yang jerit pada mak dia yang dia ternampak ikan jerung. Haha! Bukan la adik, ni ikan jinak punya, jangan risau. 
Ada dua jalan mau turun ke kolan ikan tadi, tapi saya pilih yang ni la, sebab yang ni lagi cantik. Ada banyak bunga kat tepi. Nampak macam tak tinggi kan? Korang sendiri cuba la berdiri kat tempat dimana saya berdiri ni, gayat oooo!! 
Hi, this is me! 
Pandangan dari atas ni. Bangunan yang kat kiri tu tandas, sebelah kanan tu pula kedai. Kalau korang rasa kehausan setelah penat berlajan di sekitar taman ni, boleh la beli air kat kedai sana tu, air kelapa juga ada dijual. Memang best la ini tempat. Mesti datang ni. 
Pengunjung bertambah banyak sekitar jam 5pm. Mesti la kan, panas pun sudah kurang. Tapi ada juga yang pakai payung kan. Bukan apa, time ni hujan renyai-renyai la. Walaupun hujan, kami tetap rempuhi juga, pengorbanan si blogger kepada member la katakan Cewah.. Haha.

Gambar di bawah ni tempat di mana korang boleh BBQ ataupun korang mau Family outing. Memang disediakan la kemudahan disini, jangan risau la.


Taman perumahan yang terdapat di sekitar Bukit Aup. Saya ambil gambar dari atas bukit ni.
Korang nampak tak jambatan tu, tu lah jambatan yang maksudkan tadi. Tak pasti apa nama jambatan tu.


Ni pula jalan pergi ke puncak bukit ni. Tak la tinggi sangat. Untuk pengetahuan korang juga, Bukit Aup akan dipenuhi oleh orang yang tinggal di sekitar Aup sekitar jam 5pm, sebab mereka menjalankan aktiviti riadah disini seperti jogging. Dari puncak bukit ni juga, korang boleh tengok permandangan yang indah di sekitar Bukit Aup. Korang boleh nampak dengan jelas sebuah jambatan yang menyeberangi sebuah sungai. Tak berapa pasti sangat nama sungai tu. Gambar di bawah pula tempat camping. Korang nak camping sini pun boleh juga, tapi mesti inform kat orang yang jaga tempat ni la.


Ni jalan mau pergi naik bukit. Peta ada disediakan. Jangan bimbang. Untuk pengetahuan korang, Bukit Aup has three levels, tingkat kedua pula tempat reservoir. Bukan takungan untuk air minum ya, tempat untuk simpan ikan kecil-kecil. Bila dah besar, ikan-ikan ini akan dilepaskan ke tingkat pertama di mana ikan ini akan dipertontonkan kepada semua pengunjung. Gambar kat bawah ni lah reservoir tu. Ada kapal kecil pecah sana tu. Untuk hiasan semata-mata ya, jangan tertipu. LOL! Jambatan gantung juga ada disediakan bagi yang sukakan cabaran, tapi saya tak dapat rasa pun cabaran tu, sebab jambatan ni tak panjang sangat pun. 


Ha!! Inilah daya tarikan yang ada kat Bukit Aup ni. Ikan Arowana! Kalau korang ada pergi Sibu, mesti pergi taman ni. Saiz ikan ni jauh lebih besar dari apa yang korang lihat kat gambar. Korang juga boleh bagi ikan makan sini. Umpan ada disediakan, tak perlu dibeli. Ini baru seekor, sebenarnya ada banyak lagi di kolam sini. Kami juga difahamkan oleh orang sini atau lebih dikanali sebagai 'orang Aup' a.k.a Aup's people, di dalam kolam ini juga terdapat Ikan Naga!! Whoaaaa! Tapi sorry la, kami orang tak sempat nak shoot gambar Ikan Naga, sebab pada masa tu, dapat tengok belakang ikan tu je. Ikan Naga ni pemalu sebenarnya. Jangan hairanlah kalau korang tak dapat tengok. Kami yang duduk 1jam kat tepi kolam pun dapat tengok Ikan Naga punya full body. Kalau mau tengok Ikan Naga ni, datang sendiri ke Bukit Aup la. No regrets!!






Hi geng! Lama tak update blog, sorry la buat korang semua tertunggu. Bukan pergi mana pun, kat Borneo je, especially at Sarawak. Apa-apa pon, ni picture latest kami orang. Ini pintu masuk ke Taman Jubli Bukit Aup. Jarak perjalanan dari pusat bandar Sibu dari tempat taklah jauh sangat, cuma 30minit, kalau pandu laju la, kalau pandu slow,maybe around 45minutes. Taman ni buka dari pukul 7am hingga 10pm. Tiada yuran kemasukan dikenakan. Free!! Sini ada banyak tarikan. One of the famous attraction here is the big fish. Banyak sangat ikan sini bah, rasa mau bawa pukat pergi sini. Anyway, let's take a look at my new pictures. Mau cakap banyak pun tak guna juga kan, korang tengok sendiri la ye. :)